Wednesday, 19 June 2013

KONFERENSI PMM SIB SABAH KE34 2013

Wednesday, 19 June 2013
Konferensi PMM SIB Sabah sekali lagi akan diadakan pada bulan Ogos 2013, konferensi ini merupakan Konferensi rasmi PMM SIB Sabah yang ke 34. Ianya telah menjadi satu aktiviti tahunan bagi jemaat sidang SIB Sabah, dengan harapan dapat memupuk teras yang kukuh dalam membentuk generasi yang takut akan Kristus.


Maklumat awal berkenaan dengan konferensi adalah seperti berikut:

KONFERENSI PMM SIB SABAH KE34 2013
Tema: Generasi Cemerlang
Tarikh: 12 Ogos 2013 (Isnin)
Tempat: Dewan KDCA, Penampang

Yuran PROMOSI Pendaftaran: RM40 (SEBELUM 1 Julai)
Yurang sebenar Pendaftaran: RM50  (SELEPAS 1 Julai)

Peringatan:
Yuran pendaftaran hanya untuk tiket masuk, TIDAK termasuk makan & penginapan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan awal, sila hubungi individu dibawah

088-420087 (Pejabat) - Cik Hana
088-420784 (Fax)
016-839 7133 (Pst Fedlin Kukut)
Untuk keselesaan semua pihak, sila beri kerjasama untuk menghubungi mereka pada waktu pejabat sahaja.


Konferensi PMM SIB Sabah yang ke 34 akan berlangsung selama 4 hari, konferensi ini dijalankan dengan permulaan pujian dan penyembahan dan diakhiri dengan pesanan atau khotbah Firman Tuhan di setiap sesi. Beberapa kawasan sidang SIB akan mengambil bahagian dalam Pujian Penyembahan. Sementara itu beberapa Pastor tempatan akan mengambil bahagian dalam sesi penyampaian Firman Tuhan, mengikut maklumat awal ada juga pengkhotbah jemputan yang diundang khas dari negara jiran iaitu Indonesia.

Sesuai dengan tema Generasi Cemerlang,  Konferensi PMM SIB Sabah yang ke 34 ini mengalu-alukan golongan muda mudi menyertai konferensi secara penuh masa. Antara objektif utama  Konferensi PMM SIB Sabah yang ke 34 ini diadakan adalah memberi kesedaran kepada genarasi muda betapa pentingnya Kristus sebagai dasar dalam kehidupan seharian mereka.

Orang awam yang tidak berpeluang menyertai seisi siang juga tidak ketingalan, ini kerana  Konferensi PMM SIB Sabah yang ke 34 juaga ada mengadakan aktiviti sesi di waktu malam. Paling menarik, sesi  malam Konferensi  PMM SIB Sabah yang ke 34.

Selamat Mengikuti  Konferensi PMM SIB Sabah yang ke 34, dan selamat melayani kepada semua individu dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Untuk capaian jadual sepanjang  Konferensi PMM SIB Sabah yang ke 34 sila rujuk di bawah:
>>Jadual LENGKAP  Konferensi rasmi PMM SIB Sabah yang ke 34
>>Jadual HARIAN  Konferensi rasmi PMM SIB Sabah yang ke 34

0 comments:

Post a Comment