Wednesday 3 October 2012

Konferensi PMM SIB Sabah

Wednesday 3 October 2012

Konferensi PMM SIB Sabah melambangkan kesatuan dan keteguhan semua jemaat SIB yang berada di Sabah. Konferensi PMM SIB Sabah adalah konferensi kristian yang terbesar sekali bagi negeri Sabah.

Terbuka untuk semua orang
Konferensi PMM SIB Sabah sebenarnya terbuka dan menjemput semua bangsa beragama kristian untuk menyertai konferensi ini. Bagi mereka yang bukan beragam kristian, tidak ada halangan bagi mengikuti Konferensi PMM SIB Sabah dan mestilah atas kemahuan dan kerelaan sendiri.

Dianjurkan setiap tahun
Konferensi PMM SIB Sabah diadakan tiap setahun sekali, menghimpunkan ribuan jemaat kristian yang kebanyakannya dibawah naungan payung gereja SIB. Tidak ada tarikh yang muktamad bagi setiap Konferensi PMM SIB Sabah ini, ianya diadakan sekitar bulan September hingga November setiap tahun. Ramai yang mengatakan bahawa lebih baik kalau ditetapkan satu tarikh tetap bagi Konferensi PMM SIB Sabah, tetapi tidak dapat dibuat atas beberapa faktor utama seperti masalah mendapatkan tempat berKonferensi dan pengkhotbah undangan.

Majority adalah kaum muda mudi
Majority peserta Konferensi PMM SIB Sabah terdiri daripada golongan remaja yang berumur dari 12 tahun hingga 25 tahun. Jumlah golongan remaja merangkumi 90 peratus jemaat yang menghadiri Konferensi PMM SIB Sabah, selebihnya 10 peratus terdiri daripada mereka yang berumur bawah 12 tahun dan 25 tahun keatas. Umur sebenarnya bukan ukuran untuk menghadiri Konferensi PMM SIB Sabah, ini kerana ianya terbuka kepada semua lapisan umur jemaat.

Aktiviti utama
Konferensi PMM SIB Sabah memuatkan program nanyian pujian dan penyembahan dan pembawaan firman Tuhan dalam setiap seisi. Beberapa gereja terdekat dan gereja pusat selalunya akan mengambil bahagian dalam mengendalikan beberapa sisi nanyian, namun terdapat juga band kristian yang dijemput khas dari Indonesia mengambil bahagian dalam pelayanan Konferensi PMM SIB Sabah ini. Pengkhotbah atau pembawa firman Tuhan selalunya hamba Tuhan yang dijemput khas jauh juga dari Indonesia, mungkin disebabkan faktor banyak persamaan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia yang senang difahami oleh orang orang Sabah.

4 hari dan 3 malam
Selalunya Konferensi PMM SIB Sabah akan berlangsung selama 4 hari dan 3 malam, setiap hari terdapat 3 seisi utama iaitu seisi pagi, petang, dan malam. Terdapat yuran dikenakan sebanyak RM50.00 kepada peserta penuh masa, yuran ini bertujuan bagi menampung kos pentadbiran selama Konferensi PMM SIB Sabah berlangsung. Namun demikian, pihak pengurusan Konferensi PMM SIB Sabah mengabil keputusan memberi kelongaran supaya seisi malam adalah percuma kepada semua orang. Ini bertujuan bagi memberi peluang kepada jemaat yang tidak dapat mengikuti Konferensi secara penuh masa, terutama sekali kerada golongan bekerja.

Skala umur PMM
Dalam konteks gereja SIB, PMM membawa maksud semua Pemuda Pemudi yang berumur bawah 40 tahun. Golongan jemaat dalam lingkungan umur ini merupakan kuasa utama pengerak kepada Konferensi PMM SIB Sabah. PMM yang lemah dikuatkan, manakala PMM yang kuat terus didorong dan disokong. Itulah tujuan sebenar Konferensi PMM SIB Sabah ini, bagi menyemarakan lagi kuasa Tuhan di setiap hati peserta supaya menjadi lebih setia dan takut akan Tuhan.

Manfaat yang diperoleh
Konferensi PMM SIB Sabah ini memberi banyak manfaat kepada PMM dalam membuat persediaan menjadi dewasa. Ilmu pengertian dan Iman yang tebal pasti akan membantu dalam mengharungi perlbagai cabaran di masa akan datang. Perkongsian kesaksian dan dorongan yang diperoleh daripada Konferensi PMM SIB Sabah akan menjadi sumber berkat dan pemangkin untuk terus setia dalam Memegang nama Tuhan Yesus

Perkembangan memberangsangkan
Jumlah kehadiran PMM di Konferensi PMM SIB Sabah semakin bertambah dari tahun demi tahun. Ini menunjukan kesederan dan sambutan daripada perlbagai pihak semakin memberangsangkan. Semoga momentum ini terus diberkati Tuhan, selamat berKonferensi kepada semua dan Tuhan Memberkati.

0 comments:

Post a Comment